Monday, 3 March 2014

25 februari 2014

Macam hari hari biasa, pagi-pagi datang bertugas pada hari selasa. Harini tiada apa yang menarik untuk diceritakan. Saya lakukan tugas seperti biasa, hantar makanan di bilik pensyarah-pensyarah.

18 februari 2014 (balik cuti)

Minggu ni jadual bertugas dah keluar. Saya bertugas pada hari selasa. Tugas saya ialah seperti yang telah diberitahu haritu ........ "Delivery man". Jadual dikeluarkan lepas kami balik dari cuti tahun baru cina \o/. Masa bertugas saya pada pukul 8-9 pagi. Tiada banyak tugas pun yang saya kena buat al-maklumlah pagi pagi biasanya tiada pensyarah nak delivery sangat. Masa tengah sarapan di belakang Dream Cafe, Am mengarahkan saya untuk pergi hantar makanan di kampus A dengan menaiki motor. Saya memang tak pandai bawa motor. Lepastu Am marah-marah -.-' Orang dah tak pandai nak buat macam mana kan. Saya nak jalan kaki, lambat katanya :'(

28 januari 2014

Haaa okay masa ni tak dapat jadual bertugas lagi, jadi time kelas Retail Operation cik Asmah bagi tugas kat kami satu kelas. Tugas dibahagikan mengikut kumpulan. Saya dapat kumpulan dengan Muzammel -.-' Tugas kami ialah membersihkan chiller di Dream Cafe. Lepas lap-lap chiller tu sampai berkilat-kilat, saya tolong Nad dan Najwa yang belum habis mengemas dapur bahagian belakang.

Sesi kenal kenal

 Assalamualaikum, saya Nur Natasha Othman dari kelas DRM3. Tujuan blog ini dibuat adalah untuk menceritakan pengalaman dan apa yang dapat kita pelajari sepanjang menjalankan tugas di Dream Mart dan Dream Cafe. Tugas saya di dream cafe ialah sebagai seorang "delivery man" yang berjaya haha !